UTAMA

Saturday 8 September 2012

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TAHUN 5

KOMPONEN ELEKTRONIK


1. Setiap komponen elektronik yang digunakan dalam 
    menghasilkan projek litar elektronik mempunyai nama dan  
    fungsinya. Mari kita mengenali komponen elektronik di bawah.

a) Diod Pemancar Cahaya (LED)


i) Komponen ini berfungsi untuk membenarkan arus elektrik 
   mengalir sehala dan memancarkan isyarat cahaya.
ii) LED mempunyai dua kaki iaitu anad berpunca positif dan katod 
    berpunca negatif.
iii)LED boleh didapati dalam pelbagai warna.
iv) LED perlu disambung mengikut punca yang betul untuk 
membolehkan ianya mengeluarkan isyarat cahaya.
v) Voltan melebih 3 volt boleh menyebabkan LED rosak.


b) Perintang Tetap


i) Perintang tetap ini berfungsi untuk mengawal arus elektrik 
   mengikut nilai rintangan. Nilai rintangannya tidak boleh diubah.
ii) Pada badan perintang terdapat jalur warna. Jalur warna ini 
    mewakili nilai rintangan perintang tersebut.
iii) Semakin tinggi nilai rintang, semakin sedit arus yang dapat 
     mengalir sementara semakin rendah nilai rintangannya, 
     semakin banyak arus boleh mengalir.


c) Perintang Boleh Laras


i) Berfungsi untuk mengawal arus dan nilai rintangannya boleh 
   diubah.
ii) Nilai rintangan perintang boleh diubah dengan menggunakan 
    tombol pelaras.
iii)Perintang ini banyak digunakan dalam peralatan seperti radio, 
    televisyen,kipas, dan komputer yang bertujuan untuk 
    menguatkan atau memperlahankan suara, kecerahan, kelajuan 
    dan warna.


d) Buzer


i) Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi 
   apabila dibekalkan arus elektrik.
ii) Ada dua jenis buzer iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet.
iii) Buzer mesti disambung mengikut punca yang betul untuk 
     membolehkan ianya berfungsi.
iv) Warna merah mewakili punca + dan warna hitam mewakili punca -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...