UTAMA

Sunday 9 September 2012

TANAMAN HIASAN

NOTA JAHITAN

INDUSTRI IKAN HIASAN


JENIS-JENIS IKAN HIASAN

1. Flower Horn

Picture

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2. Rainbow

Picture

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.

3. Corydoras

Picture

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

4. Severum

Picture

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 – 7, suhu air 21 – 25°C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.

5. Diskus

Picture

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 – 30 ° C.

6. Ikan Emas

Picture

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar. 

7. Ikan Arowana

Picture

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan “karuhun”, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan “bony-tongue” (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai – sungai besar dengan arus
yang cukup deras.

8. Ikan Pelaga

Picture

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).

KOMPONEN ELEKTRONIK


NOTA ELEKRIK DAN ELEKTRONIK

ALATAN MEMOTONG

1. Playar Muncung Tirus
a.     Untuk memotong wayar dengan menggunakan mata pemotong
b.     Untuk mengbengkokkan kaki komponen, membentuk dan memotong dengan menggunakan bahagian rahang.



2.    Playar Gabung
a.     Untuk memotong dengan menggunakan mata pemotong
b.     Untuk mengapit dan membentuk wayar dengan menggunakan bahagian rahang.



3.    Playar Kacip
a.     Untuk memotong dan menjalur wayar



ALATAN MENJALUR

1.    Penjalur Wayar & Pisau Lipat
a.     Untuk menjalur penebat wayar dan memotong wayar





ALATAN MELUBANG
1.    Gerimit
a.     Untuk membuat lubang pandu skru pada permukaan yang lembut dengan memusing mata gerimit arah ikut jam dengan cermat.



2.    Gerudi Tangan
a.     Untuk membuat lubang pada permukaan kayu.



BAHAN ELEKTRONIK

1.    Bongkah Penyambung
a.    Digunakan untuk menyambung wayar dari satu tamatan ke satu tamatan yang lain.




2.    Pemegang Bateri
a.     Memegang bateri dengan kemas pada papan litar.




3.    Klip Buaya
a.     Memegang bahan-bahan yang ingin diuji, seperti besi, kayu dan lain-lain.


LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERKAKAS ELEKTRIK

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KERJA

 


          Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh kerana aliran arusnya tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya. Gejala ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi. Peraturan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-alat dan bangunan dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik.Peraturan ini diambil berdasarkan peraturan IEE (Institution Of Electrical Engineers) dan Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu dipatuhi :

1. Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris. Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka bekerja ditempat tersebut.

2. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna.
Jika tidak, sila beritahu pegawai yang bertugas.
Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu kecemasan.
Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yng asal selepas digunakan.

3. Pakai pakaian yang bersesuaian, tidak terlalu sempit atau terlalu longgar. Kasut bertapak tebal dan berjahit disekelilingnya lebih digalakkan semasa membuat kerja-kerja pendawaian.

4. Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain peralatan yang tajam atau panas dengan kawan semasa melakukan kerja dibengkel.

5. Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan. Elakkan dari berkarat.

6. Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi saiz dan penebatan yang sesuai.

7. Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat kebenaran dari pegawai.

8. Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang digunakan dalam ujikaji tanpa pengetahuan pegawai bertugas.

9. Sebelum sesuatu ujikaji diuji dengan bekalan elektrik, dapatkan bantuan dari pegawai yang bertugas untuk memeriksa litar dan penyambungannya.

10. Selepas bekerja atau selepas menggunakan mesin elektrik, pastikan suisnya dimatikan.

11. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pegawai yang bertugas harus diberitahu dengan serta-merta.

12. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa hendak meninggalkan makmal.

13. Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis pada soket dimatikan terlebih dahulu.

Saturday 8 September 2012

LITAR ELEKTRIK

ANDA BOLEH KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN NOTA BERKAITAN DENGAN JENIS-JENIS LITAR ELEKTRIK.

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TAHUN 5

KOMPONEN ELEKTRONIK


1. Setiap komponen elektronik yang digunakan dalam 
    menghasilkan projek litar elektronik mempunyai nama dan  
    fungsinya. Mari kita mengenali komponen elektronik di bawah.

a) Diod Pemancar Cahaya (LED)


i) Komponen ini berfungsi untuk membenarkan arus elektrik 
   mengalir sehala dan memancarkan isyarat cahaya.
ii) LED mempunyai dua kaki iaitu anad berpunca positif dan katod 
    berpunca negatif.
iii)LED boleh didapati dalam pelbagai warna.
iv) LED perlu disambung mengikut punca yang betul untuk 
membolehkan ianya mengeluarkan isyarat cahaya.
v) Voltan melebih 3 volt boleh menyebabkan LED rosak.


b) Perintang Tetap


i) Perintang tetap ini berfungsi untuk mengawal arus elektrik 
   mengikut nilai rintangan. Nilai rintangannya tidak boleh diubah.
ii) Pada badan perintang terdapat jalur warna. Jalur warna ini 
    mewakili nilai rintangan perintang tersebut.
iii) Semakin tinggi nilai rintang, semakin sedit arus yang dapat 
     mengalir sementara semakin rendah nilai rintangannya, 
     semakin banyak arus boleh mengalir.


c) Perintang Boleh Laras


i) Berfungsi untuk mengawal arus dan nilai rintangannya boleh 
   diubah.
ii) Nilai rintangan perintang boleh diubah dengan menggunakan 
    tombol pelaras.
iii)Perintang ini banyak digunakan dalam peralatan seperti radio, 
    televisyen,kipas, dan komputer yang bertujuan untuk 
    menguatkan atau memperlahankan suara, kecerahan, kelajuan 
    dan warna.


d) Buzer


i) Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi 
   apabila dibekalkan arus elektrik.
ii) Ada dua jenis buzer iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet.
iii) Buzer mesti disambung mengikut punca yang betul untuk 
     membolehkan ianya berfungsi.
iv) Warna merah mewakili punca + dan warna hitam mewakili punca -

LATIHAN TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK


1
LATIHAN
1. Lukiskan simbol dan berikan fungsi bagi komponen elektrik di bawah.
 Mentol SimbolSuis Pisau SimbolSel Kering SimbolFungsi:

Fungsi:

Fungsi:

2
2
Padankan komponen elektrik di bawah dengan fungsinya dengan betul.
Memegang bateriMemegang mentolMengalirkan aruselektrikMemutuskan ataumenyambungkanlitar 

PETI PERTOLONGAN CEMAS

image

        Kotak pertolongan cemas hendaklan diletakkan di bengkel sebagai langkah keselamatan seandainya berlaku kemalangan kecil atau pun kecederaan. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Kandungan kotak pertolongan cemas ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi memastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.
Di antara bahan-bahan yang terdapat dalam kotak pertolongan cemas sebagaimana berikut :
1. Pembalut gulung
2. Kain tekap
3. Pembalut segi tiga ( kain anduh )
4. Kapas
5. Plaster pelekat
6. Garam amonia
7. Gunting kecil
8. Pin keselamatan
9. Ubat pembasmi kuman ( antiseptik )
10. Ubat kuning ( akriflavin )
11. Losen biru

Selamat Datang Ke Laman Minda Guru

http://www.emocutez.com
Selamat datang ke selamat datang ke Laman Minda Guru Ini... 
Semoga anda mendapat manfaat daripada hasil kandungan penulisan di laman minda guru ini... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...